Definisi Budaya *Kamus Bahasa Melayu; tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir dsb) - Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya (Amir 2002) - Budaya adalah keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat. (Tylor 1871) - Budaya adalah proses sosial di mana budaya dan struktur sosial adalah saling berkaitan (Bourdieu 1990) Definisi Pelbagai Budaya Satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan. Teori Sosial Pelbagai Budaya terbaha...